“Awalnya Letak Bella & Friends, Saya Dah Tolak Dah..” – Stacy Perjelas Tarik Diri Konsert Sumandak Stars, Poster Salah Satu Punca

Hiburan

“Awalnya Letak Bella & Friends, Saya Dah Tolak Dah..” – Stacy Perjelas Tarik Diri Konsert Sumandak Stars, Poster Salah Satu Punca

Penyanyi Stacy Anam sebelum ini mengumumkan dirinya telah menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang bakal berlangsung pada 30 November ini.

Jelas Stacy, terdapat beberapa faktor dia menarik diri kerana ada syarat yang tidak dipatuhi penganjur.

Advertisement

Untuk Sumandak Stars ni awal-awal saya dah tolak sebab awal-awal namanya Bella & Friends punya konsert. Jadi, saya dah tolak memikirkan pasal kerja yang saya kena buat, sudah ada perancangan kerja saya sendiri.

Jadi mereka tukar jadi Sumandak Stars, saya cakap lagi saya tak boleh join sebab saya sendiri pun tak nak lah jadi Bella & Friends.

Sementelah itu, pihak penganjur cuba memujuknya untuk tetap terlibat dan Stacy ada meletakkan syarat.

Bila saya terima saya ada letakkan beberapa syarat. Ada beberapa client penting yang terlibat. Jadi penting untuk saya pastikan sebelum ambil apa-apa job.

Penting untuk mereka tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Saya tak boleh nak nampak macam ‘friends’.

Segala urusan pada mulanya berjalan dengan lancar namun terbantut seketika apabila sidang media konsert serta poster mula  dihebahkan kepada umum.

Saya awal-awal fikir mungkin kesalahan teknikal tapi rupanya memang dari awal gambar tu dah ada draft pertama.

Kata Stacy lagi, dia terkejut kerana apa yang dikeluarkan adalah berlainan daripada apa yang telah dibincangkan.

Saya harap tiada lagi perkara seperti ini berlaku. Saya pun kena fokus dengan apa yang dirancang dan kerja muzik saya sendiri.

Saya tak nak orang anggap tak akan sebab poster, bukan semata-mata sebab tu tapi ada syarat-syarat lain. Tapi poster tu adalah salah satu syaratnya. Sebab itu saya tarik diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah dikritik foto lebih besar di poster konsert
2 months ago

"Demi Allah Saya Tak Pernah Rasa Konsert Ini Saya Yang Punya" - Bella Astillah Dikritik Gara-Gara Foto Dalam Poster Konsert Lebih 'Besar'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...