Awalnya Dilaporkan Hilang, Pempengaruh Malaysia Ditangkap Di Taiwan Didakwa Terlibat Dalam ‘Scam’ Pelaburan – “Jadi Keldai Wang”

Trending

Awalnya Dilaporkan Hilang, Pempengaruh Malaysia Ditangkap Di Taiwan Didakwa Terlibat Dalam ‘Scam’ Pelaburan – “Jadi Keldai Wang”

Seorang pempengaruh warga Malaysia yang pada mulanya dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan di Taiwan telah ditahan oleh polis negara tersebut.

Menurut laporan, lelaki itu berusia 31 tahun itu mempunyai nama keluarga yang sama dengan individu hilang tersebut dan telah ditahan di , Balai Polis Yuanlin di Daerah Changhua.

Advertisement

Pempengaruh sosial tersebut didakwa bekerja sebagai keldai wang untuk sindiket penipuan ketika lawatannya ke Taiwan.

pempengaruh Malaysia ditahan di Taiwan

Pihak berkuasa Taiwan mengesahkan individu yang ditahan merupakan orang yang sama dilaporkan hilang itu dan dikenali sebagai Hu Chang Mun atau Ady Hu.

Hu dilaporkan terlibat dalam penipuan pelaburan yang menyasarkan seorang wanita Taiwan berusia 40 tahun.

Wanita berkenaan dilaporkan menjadi mangsa skim penipuan itu selepas menyertai ‘platform pelaburan dengan keuntungan terjamin di media sosial.

 

Ditahan ketika pertemuan dengan mangsa

Menurut wanita tersebut, dia mengalami kerugian yang besar dan membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu. Hu ditahan ketika pertemuan ketiga bersama wanita itu untuk menyerahkan NT$2 juta (kira-kira RM276,000).

Polis Taiwan berkata Hu yang memakai sut dan berkaca mata, kelihatan terkejut dan bingung sewaktu ditahan dan ketika itu, pegawai terus merampas wang tunai, telefon kerja dan bukti lain yang berkaitan.

Sewaktu ditahan juga, Hu mendakwa dirinya sebagai seorang pempengaruh sosial Malaysia yang melancong ke Taiwan di bawah program kemasukan tanpa visa.

pempengaruh Malaysia ditahan di Taiwan

Dia menyatakan yang dirinya tidak menyedari menjadi sebahagian daripada sindiket penipuan, mendakwa diberitahu yang dia boleh mendapatkan wang ketika dalam perjalanan, dengan penginapan percuma dan makanan disediakan.

Namun, selepas siasatan lanjut dijalankan polis Taiwan mendakwa Hu atas kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan pelanggaran undang-undang perbankan. Dia masih dalam tahanan sementara menunggu siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Tular Senarai Nama Mangsa ‘Scam’ & Berhutang Lebih RM350K, Makin Ramai Tampil Dedah Penipuan Kim Seri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...