Sejak mendedahkan hasrat untuk berpisah dengan suaminya, pempengaruh media sosial, Marissa Dania menerima sokongan meluas daripada netizen.
Ramai menyokong tindakan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim itu untuk meninggalkan suaminya, Ahmad Aslam selepas didakwa dua kali diceraikan.
Ibunya, Abby Abadi turut dilihat gembira dengan keputusan tersebut selepas Marissa melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan.
Bagaimanapun, dalam masa sama, timbul kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai kemungkinan Marissa membuat ‘pusingan U’ dan tidak meneruskan keputusan berpisah.
Perkara itu turut diperkatakan selepas kakak kepada isteri pertama Aslam, dikenali sebagai Kak Ya Nadia, meminta abang Marissa, Danish Hakim agar memantau keadaan adiknya.

Malah, status terkini Umisya di Threads turut menarik perhatian ramai apabila menulis ringkas, “Alamak awal sangat.”
Ruangan komen di media sosial kembali hangat dengan pelbagai pandangan netizen yang berharap Marissa kekal dengan keputusannya.
“Tolong jangan ‘U-turn’. Kami sokong ‘penyondol’ mengalah… ‘Move on’ cari lelaki yang lebih baik,” tulis seorang pengguna.
Terdahulu, Marissa memaklumkan dia akan berpisah dengan Ahmad Aslam selepas prosiding pengesahan lafaz talak dan rujuk kali kedua mereka selesai.
Untuk rekod, pasangan ini bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023, ketika Aslam masih berstatus suami kepada Umisya yang dinikahi pada Julai 2020.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
