Kesian kami kat cik Awal. Kena tidur kat balai polis sebab takut dengan paparazi rupanya. Tapi pelik jugak sebab kat Malaysia nie ada paparazi ke? Setau kami la tak ada lagi paparazi. Setakat media-media hiburan tue adalah. Mungkin Awal terkeliru antara paparazi dan media kot. Almaklumlah penat nak mengeluarkan air kencing yang tak ada.
Kami respek dengan pihak polis yang terlibat dalam kes penahanan Awal Ashaari nie. Bagus betul sebab mengeluarkan kenyataan yang layanan istimewa diberikan kerana permintaan Awal. Bukannya pihak polis yang nak bagi. Walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya penting kenyataan nie sebab boleh menjejaskan imej polis Malaysia.
Cuba dengar sikit apa yang pegawai polis Sharifah Hawariah bagitau:-
[note]Selepas ujian air kencingnya didapati negatif kira-kira pukul 9 pagi, ikutkan Awal sudah boleh beredar dari situ (IPK) tetapi dia yang minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana takut dengan ‘paparazi. Jadi saya benarkan dia untuk berehat di situ. Tetapi dia berada di situ sehingga pukul 11.30 pagi, kelmarin. Kami layan dia bukan sebab dia aktor kerana sesiapa sahaja, saya tetap akan memberikan layanan yang sama[/note]
Harap-harap Awal menjadikan peristiwa nie sebagai satu iktibar buat dirinya. Imej bersih anda selama nie tercalar kerana kes nie jer. Manusia takkan ingat benda baik yang anda buat, tapi sekali benda tak elok berlaku, sampai bila-bila akan melekat di kepala peminat-peminat anda. So jadikanlah ianya satu pengajaran dan semoga tak berulang lagi.
Dan kalau boleh janganlah kutuk mengutuk blogger-blogger hiburan macam kami nie. Mana anda tau kami nie tak grad universiti? Kalau kami cakap kami grad oversea kang anda pulak yang terkejut? Sepatutnya kenalah bekerjasama ngan blogger-blogger macam kami nie untuk memberi publisiti percuma kepada anda.
Yang penting jangan maki hamun kami (para bloggers hiburan) di dalam Twitter anda lagi ye? Kan tak elok marah-marah orang. Lagi elok kalau cuba bekerjasama dengan kami untuk menaikkan balik nama anda. Tak gitu?