Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awal Dan Scha Nikah 4 Mei, Siaran Langsung Di Astro Ria

Akhirnya petang tadi di Flora Cafe, Ampwalk, Awal dan Scha telah pun mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingan mereka. Tarikh keramat pernikahan bagi bakal pengantin baru ini ialah 4 Mei di Pullman Putrajaya manakala majlis persandingan pula pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.

gambar pernikahan awal dan scha

Advertisement

Dan kepada peminat Scha ataupun Awal, ada berita baik buat anda semua. Majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria untuk tatapan anda semua. Dan seperti majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry, Astro Ria turut akan menyiarkan episod-episod khas perkahwinan Scha dan Awal.

gambar pernikahan awal dan scha

Untuk makluman, Scha telah pun dirisik oleh Awal kira-kira 6 bulan yang lepas. Dan Awal turut menerangkan bahawa proposal yang dilakukan menerusi rancangan Propaganza baru-baru ini ialah sesuatu yang dia sendiri mahu lakukan buat pihaknya. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak ataupun tidak mengikut adat Melayu.

gambar pernikahan awal dan scha
Satu fakta menarik tentang pasangan ini ialah ketika menghadiri kursus kahwin baru-baru ini, Scha sebenarnya sedang menghidap penyakit demam denggi. Sebaik sahaja tamat kursus kahwin, Scha dimasukkan ke hospital selama seminggu. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha dan Awal. Nantikan gambar sekitar majlis pengumuman perkahwinan mereka berdua sebentar lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

93 Comments

  1. ladymorgana

    March 28, 2012 at 5:03 pm

    tak minat langsung..,dah lah scha tu hidung kembanggggggggg siot!kekwat lagi kembanggg..hu hu huuuuuuu..

  2. chentalove

    March 28, 2012 at 11:17 am

    tahniah je…

  3. rainbow

    March 28, 2012 at 10:20 am

    pnah jmpe tym mkn kt sate kajang haji samuri..
    sistem kt situ xkisah la ko sape pn, dtg situ layanan same je..
    artis x artis, nk order g kt kaunter..
    tp diorg dok tgu2 pstu g marah pekerja..
    muka plak masam jer..awal je yg mesra ckit..

    • raj

      March 28, 2012 at 4:19 pm

      pasal tu aku tau. awal mmg mesra sikit. tp scha??? maaf lah… muke nak ketat mcmla kitorang ni nak mintak ko cuci bilik air kitorang

  4. lantakpilah

    March 28, 2012 at 9:27 am

    minat atau tak… depa dah nak kawin pun. jgn sebok hal org sgt lah… panggg!!!

  5. eleh eleh

    March 28, 2012 at 9:06 am

    i Love both of them. so sweeetttt! congrats and please be happy ever after :)

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama