Awal Ashaari Tidak Kisah Dikritik Terlalu Dedahkan Anak

Hiburan

Awal Ashaari Tidak Kisah Dikritik Terlalu Dedahkan Anak

Rasanya semua tahu bahawa Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya antara selebriti yang sering memuat naik foto anak mereka Lara Alana di media sosial.

Walaupun ada yang memberikan reaksi positif apabila melihat perkembangan terkini Lara, tetapi ada juga pihak yang mengkritik.

Advertisement

Namun, Awal tidak kisah dengan semua itu dan memberitahu beliau kini lebih seronok apabila menjadi tempat rujukan untuk ibu bapa lain.

Pada awalnya saya cuma ingin buat journal kehidupan dia untuk dilihat pada masa depan, namun tidak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa lain yang ingin tahu perkembangan Lara.

Ia membuatkan saya lebih bersemangat dan mengambil keputusan meneruskan perkongsian walaupun ada segelintir pihak yang sentiasa mengkritik.

Baru-baru ini, Lara juga diberikan peluang sebagai salah satu selebriti untuk menyampaikan anugerah Couple MeleTop di AME2016.

Buat pengacara popular itu, pendedahan awal lari kepada dunia popular ataupun hiburan boleh meningkatkan kemahiran sosial Lara pada masa hadapan.

Saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini kerana saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial. Sekarang pun mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar. Saya sedar ada pro dan kontra, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depan dia.

Setiap orang mempunyai pandangan serta cara tersendiri dalam membesarkan anak mereka.  Buat selebriti pula, kalau ibu bapa dah popular mesti anaknya juga akan terkena tempiasnya juga bukan? Siapa tahu Lara satu hari nanti akan ikut jejak langkah Awal dan Scha dalam dunia hiburan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...