Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana Bakal Tunaikan Umrah Bersama-sama

Hiburan

Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana Bakal Tunaikan Umrah Bersama-sama

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan didalam bulan ini juga ramai umat Islam menggunakan peluang yang ada untuk menjalani ibadah umrah di Mekah.

Pengacara Awal Ashaari, isterinya Scha Al Yahya serta anak mereka Lara Alana bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah selama dua minggu bermula 12 – 22 Jun ini.

Advertisement

Awal memberitahu, beliau sudah lama berniat untuk menjejakkan kaki ke Mekah sejak daripada awal perkahwinannya bersama Scha cuma kali ini baru sampai serunya.

Malah segala perancangan dibuat pada saat akhir dan nyata ada rezeki untuk mereka menunaikan umrah.

Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk menunaikan umrah sejak daripada lepas berkahwin dahulu. Selepas empat tahun tempoh perkahwinan, alhamdulillah kini baru mendapat seru dan saya rasa inilah masa sesuai untuk ke sana. Kami akan berada di sana selama dua minggu. Selain Lara, saya akan membawa ibu dan ayah serta ibu mertua termasuk pembantu kami yang akan membantu menjaga Lara nanti.

Ia memang rezeki buat kami kerana sebelum ini pernah merancang bertahun-tahun untuk menunaikan umrah tetapi rancangan itu tidak menjadi.

Secara kebetulan apabila saya menelefon agensi dan mereka mempunyai slot kekosongan pada tarikh 12 hingga 22 Jun, kami terus bersetuju untuk pergi pada tarikh tersebut.

Pada awalnya Scha kurang bersetuju untuk membawa Lara bersama kerana khuatir tidak dapat menjaga anak mereka dengan baik ketika menghadapi situasi di sana. Walaubagaimanapun, Awal ingin juga Lara turut serta bersama kerana ingin memberi peluang kepada anak mereka untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah.

Kami tidak pernah pergi ke sana, dan tidak dapat menjangka situasinya nanti, tambahan pula kita ingin menunaikan ibadah. Saya pernah mencadangkan untuk tidak membawa Lara tetapi Awal pula sebaliknya.

Mungkin ketika proses tawaf atau ketika menjalankan ibadah umrah dijalankan, Lara akan tinggal bersama pembantu di bilik. Kami akan membawanya apabila perlu sahaja.

Alhamdullilah, dah rezeki Awal dan Scha untuk menjalani ibadah umrah bersama anak mereka. Semoga mereka selamat pergi dan balik serta dipermudahkan dalam segala urusan untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...