Awal Ashaari & Scha Al Yahya Ditawarkan Program Khas Kongsikan Pengalaman Membesarkan Lara Alana

Hiburan

Awal Ashaari & Scha Al Yahya Ditawarkan Program Khas Kongsikan Pengalaman Membesarkan Lara Alana

Keletah comel Lara Alana telah memikat hati jutaan para peminatnya. Awal Ashaari dan Scha Al Yahya juga seringkali mendapat pujian kerana sudi berkongsi perkembangan Lara Alana sejak dari kecil sehinggalah sudah berusia hampir 2 tahun. Walaupun ada dihimpit satu dua kontroversi, ia tidak mematahkan semangat Awal dan Scha. Lebih menarik, jumlah pengikut Instagram Lara Alana kini sudah pun mencecah 1.5 juta orang. Ramai sungguh.
lara alana

Buat pengikut setia keluarga ini, ada berita baik untuk anda semua. Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana kini dalam perbincangan untuk mewujudkan sebuah program khas untuk berkongsi pengalaman mereka membesarkan si comel itu kini berusia satu tahun tujuh bulan. Untuk makluman, Awal dan Scha sering mendapat emel daripada ibu bapa yang bertanyakan cara mereka membesarkan Lara Alana. Kata Awal:-

Advertisement

Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program berkonsep ke-ibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan.

Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi dan menyumbang kepada mereka yang sentiasa mahu tahu bagaimana kehidupan kami sekeluarga.

Melalui e-mel kami berdua sering ditanya soalan-soalan berkaitan anak, contohnya bagaimana kami sekeluarga bercuti ke luar negara dan apa makanan yang diberi kepada anak. Jadi saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa.

lara alana

Abang Nara dah dapat bayangkan keletah comel Lara Alana sekiranya program realiti ini menjadi kenyataan. Tentu ramai yang akan jatuh cinta melihat gelagat Lara Alana. Kalau program ini menjadi kenyataan, sudah tentu ia akan menjadi fenomena seperti program Korea “Superman Returns”. Tak sabar rasanya. Diharap perbincangan tersebut akan membuahkan hasil yang positif. Sama-sama kita nantikan. Sumber Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...