December 25th, 2009

awal ashaari

Awal Ashaari, Scha Al Yahya , Juliana Evans dan 2 lagi artis lelaki 40-an dikhabarkan semalam telah berada di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat membeli belah kat Bukit Bintang. Rasa-rasa kami kat Pavilion kot. Mungkin ada parti sambutan Hari Krismas kat situ.

Tapi kelima-lima mereka telah dibebaskan selepas ujian air kencing masing-masing negatif. Mungkin pihak berkuasa saja nak wat spot check ada penggunaan dadah ke tak time parti tue. Yang agak mengecewakan ialah ketidaksanggupan Awal Ashaari untuk mengikut arahan pihak polis pada mulanya. Awal kemudiannya ditahan dan dibebaskan selepas keputusan menunjukkan Awal tidak menggunakan dadah.

Pelik jugak yek kalau betul diorang celebrate Krismas. Mungkin ajakan rakan-rakan artis yang beragama Kristian kot. Logik jugak sebab hanya 21 orang jer yang terlibat time tue. Kiranya mungkin private party function kot. Benar atau salah, kami tak tahu. Tajuk artikel pun dah kami letakkan jelas-jelas yang ini sekadar gosip sahaja.

Cuma satu nasihat kami, janganlah beria sangat menyambut sambutan hari Krismas nie. Kalau setakat menyampaikan ucapan tahniah dan selamat kepada kawan-kawan yang beragama Kristian mungkin tak apa lagi.

Kalau betul la parti yang dihadiri oleh ketiga-tiga artis ini adalah parti sambutan Krismas, kami sebenarnya agak kecewa kerana mereka terlibat. Kurang manis bagi mereka yang beragama Islam untuk celebrate sampai ke tahap macam nie. Itu dari apa yang kami tahu la. Kalau salah tolong betulkan.

Jadi artis bukanlah lesen untuk kita buat sesuka hati mak bapak kita. Sepatutnya gunalah kesempatan ini untuk menjadi role model kepada peminat-peminat anda. Ini cumalah teguran daripada kami yang sayangkan bakat dan masa depan anda bertiga.

UPDATE: Qi, pelakon Blogger Boy telah ditahan kerana positif dadah pada malam tersebut.

Sumber berita dari Mstar.


Comments are closed.

Loading...