Kalau bergelar selebriti, fesyen dan penampilan mereka haruslah ‘up to date’, kalau tidak mesti ada yang kata mereka ini membosankan. Iyalah, bakat sahaja tidak cukup untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan. Kena tampak unik dan menarik perhatian ramai.
Tampil dengan potongan rambut terbaru dan mewarnakannya menjadi ‘blonde’, gaya Awal Ashaari itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang menegur warna rambut itu tidak sesuai dengan dirinya termasuklah juga pertanyaan adakah solat Awal sah?
Nampak lebih tenang kali ini dan tidak mudah melatah, Awal tampil memberikan penjelasan mengenai isu itu di akaun Instagramya. Katanya, perwarna yang digunakan itu mesra wudhu.
Apa kata anda tentang penampilan terbaru Awal? Ada perbezaan dan nampak lebih menawan?