Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awal Ashaari Nafi Ingin Persenda Dialek Sabah

Sebut sahaja nama Awal Ashaari pasti anda tahu bahawa beliau antara selebriti yang agak aktif di media sosial dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Advertisement

Namun, tindakan beliau yang memuat naik status menggunakan perkataan “bah” yang merupakan dialek orang Sabah, telah membuatkan beberapa pihak tersinggung dan menganggap ia sesuatu yang tidak beradab.

Ruang komen di Instagram Awal dipenuhi dengan komen rakyat Sabah yang merasakan Awal sengaja ingin mempersenda dialek mereka ketika mempromosikan baju rayanya kerjasama dengan Jakel di negeri berkenaan sekitar minggu lalu.

Walaubagaimanapun, Awal menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan dialek berkenaan tetapi cuma ingin bergurau serta tampil lebih mesra.

Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ.

Advertisement

Buat Awal, isu berkenaan sepatutnya tidak perlu diviralkan kerana ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja bahkan di Tereng­ganu sekalipun. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka.

Peminat saya tahu bagaimana personaliti dan karakter saya yang seorang ‘happy go lucky’ dan suka bercanda. Namun, dalam hal begini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan.

Kadang-kadang dalam bergurau kita tidak sedar mungkin ada hati yang tersinggung, jadi lebih baik untuk berhati-hati dalam berkata-kata selepas ini.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama