March 3rd, 2016

Sebelum Anugerah MeleTOP ERA 2016 bermula, iklan promosinya yang menampilkan Lara Alana iaitu anak kepada Awal Ashaari dan Scha Al – Yahya sudah mencuri tumpuan ramai. Malah anak kecil itu sekali lagi menjadi perhatian apabila sama-sama menyampaikan anugerah bersama ibu bapanya pada malam berkenaan.

Namun, ada yang mengatakan Awal mempergunakan Lara untuk meraih populariti. Ini penjelasan Awal atas dakwaan tersebut :-

Kemunculan Lara atas permintaan pihak stesen TV. Tambahan pula, kami memang mempunyai hubungan baik dengan mereka. Pada masa sama, kami boleh mendedahkan Lara kepada suasana yang ramai orang. Sebelum ini memang tidak pernah.

Apa dilakukan jauh sekali nak mengejar glamor atau mencipta populariti. Sekurang-kurangnya kami dapat mendidik peminat cara terbaik mengawal anak jika berada di khalayak ramai.

Buat Scha pula, tidak salah untuk beliau berkongsi aktiviti anaknya di Instagram kerana ia bermanfaat.

Sejak akaun Instagram itu diwu­judkan, ia sudah menjadi satu rutin wajib. Pada masa sama, ia boleh menjadi jurnal buat Lara. Sejak dia lahir sehingga sekarang, semua berkaitan dengannya dikemas kini di situ.

Saya akui perkara itu membuatkan dia disayangi ramai. Jadi, tidak salah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang.

Kalau bukan untuk populariti, daripada sudut positifnya dari awal lagi Lara Alana akan dapat didedahkan dengan keadaan sekelilingnya. Malah, ia boleh menjadi pendapat sampingan buat Lara demi masa hadapan beliau juga.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...