Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah

Hiburan

Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah

Sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot, Naz Carpentry telah tampil memfailkan saman ke atas personaliti TV, Awal Ashaari atas tuduhan memfitnah setelah didakwa artis terbabit tidak henti-henti membuat ugutan undang-undang dan mencemarkan nama baik syarikat tersebut di media sosial.

Difahamkan, Naz Carpentry telah menuntut ganti rugi sebanyak RM 3 juta ke atas Awal Ashaari yang didakwa mereka telah mencalar nama baik syarikat, memberi gambaran negatif, menjejaskan kedudukan syarikat serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

Advertisement

Menurut pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications, surat tuntutan telah dihantar kepada pengacara terkenal itu pada 13 dan 19 Oktober yang lalu namun tidak mendapat respon sepatutnya.

“Oleh itu anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini”

Manakala peguam yang mewakili Naz Carpentry iaitu Nurul Hafidzah Hassan yang dibantu oleh Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid  memberitahu bahawa anak guamnya itu tidak akan memberi respon terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat awal menerusi pihak ketiga.

Sekadar info, barisan peguam yang dilantik syarikat hiasan dalaman itu pernah mewakili kes-kes berprofil tinggi seperti Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : ASTRO AWANI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...