Awal Ashaari  telah dikecam oleh peminat  di Instagram apabila  membenarkan isterinya Scha Al-Yahya memakai dress yang agak jarang sehingga menampakkan peha beliau.
Dress tersebut di pakai oleh Scha ketika beliau dan Awal menghadiri event Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2015) semalam di Pavillion, Kuala Lumpur.
Nyata ramai yang kurang senang dengan imej Scha dan memperingati Awal untuk menjaga aurat isterinya itu yang seharusnya istimewa buat  tatapan suaminya sahaja. Serta berharap Awal dapat membimbing isterinya itu ke jalan yang lebih baik.
Sedar akan reaksi orang ramai terhadap isu tersebut, Awal nampaknya tidak cepat melatah dan tenang menjawab segala kritikan daripada peminatnya.
Anggaplah ini sebagai satu teguran daripada peminat yang menyayangi pasangan sama cantik sama padan ini. Kadangkala sebagai manusia kita memang terlepas pandang. Abang Nara yakin Awal dan Scha akan lebih berhati-hati dengan penampilan masing-masing di masa hadapan. Semoga perkara sebegini tidak lagi berulang.