Awal Ashaari Dedah Mahu “Berkurung” Pada Aidilfitri

Hiburan

Awal Ashaari Dedah Mahu “Berkurung” Pada Aidilfitri

Tidak yakin dengan tahap keselamatan selagi vaksin untuk wabak COVID-19 belum ditemui, pengacara popular Awal Ashaari akui tidak teruja untuk keluar dari rumah.

awal ashaari scha alyahya

Advertisement

Menurut laporan BH Online, meskipun kerajaan telah memberikan kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun dirinya tetap merasakan perkara itu sesuatu yang merumitkan.

“Keadaan sekarang agak merumitkan apabila dikehendaki memakai topeng wajah dan berkongsi maklumat diri sebelum memasuki pusat membeli-belah.”

Awal menyatakan ianya agak merumitkan untuk seorang selebriti apabila perlu berkongsi maklumat, nombor telefon dan sebagainya kerana bimbang ‘privasi’nya terdedah. Namun dia akur kerana pihak pengurusan premis juga perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tambah bapa kepada selebriti cilik Lara Alana ini, keadaan hari ini sangat berbeza disebabkan pandemik COVID-19.

awal ashaari lara alana

“Sepatutnya saya hanya memerlukan sekitar lima minit membeli dakwat mesin pencetak, tetapi ia menjadi berjam-jam. Nak masuk ke kedai kena beratur panjang, selain perlu menulis maklumat peribadi dan sentiasa memakai topeng muka.”

Katanya lagi, melihat kepada situasi negara yang masih belum pulih sepenuhnya, dia memilih untuk menyambut Syawal di rumahnya sahaja kerana risau akan kondusi kesihatan anaknya yang masih kecil.

Namun begitu, dia dan isteri tetap akan berkunjung ke rumah keluarga dan mentua, tetapi dalam keadaan berhati-hati kerana orang tuanya kini telah uzur.

awal ashaari scha alyahya lara alana

Awal yang keliru tentang kebenaran untuk sambutan hari raya menyatakan dia berasa lega mendengar pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu yang membenarkan kunjungan tidak melebihi 20 orang.

Biarpun terdapat kelonggaran, dia dan isterinya Scha Alyahya tidak akan beriya-iya menyambut hari raya pada tahun ini memandangkan Lara Alana masih kecil, manakala orang tuanya yang kurang sihat. Dia tidak mahu mendedahkan mereka pada bahaya wabak COVID-19.

Melihat kepada perkongsian di laman sosial tahun-tahun lalu, Awal dan Scha sebelum ini kerap memuat naik foto menyambut Aidilfitri dengan penuh meriah. Malah sering kali mencuri tumpuan netizen dengan persalinan yang digayakan keluarga itu sepanjang musim perayaan berlangsung.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...