Dua pengacara Melodi, Awal Ashaari dan AG secara rasminya mengumumkan mereka tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular tersebut bermula tahun depan.
Awal menerusi akaun Instagramnya memberitahu sudah tiba masa untuk beliau beralih angin dan keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi. Awal berharap pengacara baru yang bakal menggantikan tempatnya nanti dapat menghiburkan penonton dan mengemudikan Melodi dengan lebih baik.
AG pula yang sudah tiga tahun bersama Melodi mengakui ia adalah pengalaman yang cukup manis buat dirinya dan beliau tetap akan menyokong rancangan tersebut.
Adakah ini bermakna desas-desus Janna Nick dipilih sebagai pengacara Melodi 2018 benar? Sama-sama kita nantikan siapa agaknya yang bakal menggantikan tempat Awal dan AG.