Kompem ramai awek-awek di luar sana yang akan melelehkan air mata bila terbaca berita nie. Awal Ashaari dah mengaku yang dia dah awek/gf/kekasih/buah hati. Bayangkan betapa luluhnya, berkecai-kecai jatuh ke tanah hati para peminat-peminat wanita Awal bila tau lelaki idaman mereka sudah berpunya.
Tapi yang syoknya dengar, awek Awal nie dulu pernah reject dia masa Awal mula-mula tackle dia. Perghh, memang sempoi la minah nie. Mesti hati Awal remuk bila kena tolak mentah-mentah jer masa try ngorat dulu. Tapi sebagai lelaki macho, Awal tak berputus asa. Awal rileks dulu 2 3 bulan then sambung balik ngorat. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya kan?
Akhirnya sekarang nie Awal dan si buah hatinya sedang hangat bercinta. Tapi macam biasa ayat para artis-artis nie diorang akan bagitau yang diorang dalam proses mengenal hati budi. Itu memang ayat standard. Buat Awal dan kekasih hatinya, semoga maju jaya dan cemerlang dalam dunia percintaan. Tahniah buat anda berdua.