Awal Ashaari Bengang Dikritik Netizen Kerana Muat Naik Foto Cium Scha Al-Yahya

Hiburan

Awal Ashaari Bengang Dikritik Netizen Kerana Muat Naik Foto Cium Scha Al-Yahya

Gara-gara memuat naik foto bergambar mesra dan seakan sedang bercium, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dikritik teruk oleh sesetengah netizen.

Advertisement

Malah, ruangan komen di foto berkenaan dihujani dengan pelbagai komen sejak semalam. Difahamkan, foto mesra itu diambil ketika Awal dan Scha menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di tepi pantai di Pulau Langkawi.

Menurut mereka, Awal terlalu mengikut budaya Barat dan tidak kisah untuk menampilkan aksi sebegitu untuk menjadi tatapan ramai.

Berikut antara komen netizen :-

Bengang dengan komen-komen “ustaz” dan “ustazah” segera, Awal telah tampil membalas komen berkenaan dan menyatakan beliau tidak melakukan sesuatu perkara yang salah kerana mereka sudah mempunyai hubungan suami isteri yang halal.

Malah, kenyataan Awal itu juga dipersetujui oleh peminatnya.

Emmh, kami tidak mahu menyokong mana-mana pihak, tetapi kalau sesebuah foto itu mampu menimbulkan pelbagai kritikan dan fitnah, lebih baik untuk tidak memuat naiknya ke Instagram. Meskipun sudah halal, kita kena tahu masyarakat kita agak sensitif dengan perkara seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...