October 1st, 2018

Menjadi seorang selebrit popular bukanlah mudah, setiap sudut akan menjadi tumpuan ramai termasuklah daripada keaslian sesuatu produk yang digayakan.

Baru-baru ini, Awal Ashaari sekali lagi didakwa menyokong barangan tiruan (fake). Sebuah akaun Instagram yang mendedahkan beberapa selebriti popular menggayakan barangan jenama tiruan mendakwa kasut yang digunakan oleh Awal mempunyai banyak perbezaan dengan kualiti yang asli.

Pihak tersebut turut mempertikaikan bagaimana Awal boleh mendapat produk yang tidak pernah dilancarkan di Malaysia.

Dakwaan itu membuatkan Awal begitu marah dan berkata kasut yang beliau pakai itu adalah tulen dan turut memuat naik  bukti resit pembelian. Menurut Awal, pihak berkenaan hanya ingin meraih populariti sahaja.

Isu mengenai mereka yang menggunakan barangan tiruan dan asli ini memang selalu menjadi bualan hangat tetapi semuanya terpulang kepada ‘kemampuan’ dan pandangan masing-masing.


34 responses to “Awal Ashaari Bengang Didakwa Pakai Kasut Tiruan”

  1. Kicap bermutu tinggi says:

    Syukur dapat jadi promoter kicap jalen…

  2. Kah kah kah says:

    Baikot adidas krn ambik mamat ni jadi ambassador

  3. nama says:

    Tapi kan anak awal ni, lara tu, dia jadi duta utk mothecare, tapi everymonth dia dapat peruntukkan 2, so lebih dari tu diorang kena bayar sendiri. So maybe awal ni punya macam tu kot, kawan aku cakap lah, dia kerja dekat mothercare tu.

  4. DAUN BAWANG says:

    resit kedai adidas KLCC tu pun tak ada no SST syarikat sedangkan ia tulis tax invoice.

    Adidas tak kan chop ‘goods sold are not exchangeable’ utk kasut harga RM 1400, ni syarikat antarabangsa dia akan bagi exchange utk kasut2nya seba nak jaga reputasi keluaran adidas.

    resit ni palsu…..

  5. DAUN BAWANG says:

    Resit adidas tu pelik, nampak macam di buat sebab clear sangat typing sedangkan kertasnya dah blur,

    kalau bagi free kenapa ada tulis mastercard dan kenapa tak boleh return balik kecuali kasut reject kot ?

    tarikh dia ambil kasut pula masa dia berada di new york 15 september 2018.

    • DAUN BAWANG says:

      resit tu tiada tulis no SST syarikat adidas sedangkan ia adalah resit TAX INVOICE.

      Adidas akan sentiasa jaga reputasi kualiti kasut dan tak kan dia chop merah bagi statement ‘GOODS SOLD ARE NOT RETURNABLE/EXCHANGEABLE’ lebih2 lagi kasut harga RM1400.

      resit palsu ni….

Loading...