Awal Ashaari Bengang Dengan Pengiklan Di Akaun Instagramnya

Hiburan

Awal Ashaari Bengang Dengan Pengiklan Di Akaun Instagramnya

Ya memang stress kalau menjadi artis yang popular di Instagram. Setiap gambar yang dikongsikan, pasti penuh dengan ratusan komen. Kalau semuanya komen berkaitan dengan gambar tak apalah jugak, namun kebanyakannya adalah ‘spam’ iklan. Ada yang jual ubat cantik, ubat kurus dan macam-macam lagi. Itulah yang dialami oleh kebanyakan selebriti. Hari ini, Awal Ashaari melahirkan rasa marah dan bengangnya terhadap pengiklan-pengiklan tersebut.

awal ashaari

Advertisement

Kalau Abang Nara jadi Awal pun memang akan bengang jugak. Tulis Awal:-

Aku taknak tepung kek, aku takde miss ‘V’ berbau, aku taknak kain cadar Burberry, aku taknak kahwin bajet, aku taknak Chanel boy inspired, aku taknak ubat kuat Lelaki, aku taknak kurus dalam masa 5 hari, aku taknak bisnes partnership, aku taknak wallpaper murah! Kalau aku nak, aku pergi cari kat Kedai!!! Bukan kat ruangan comment Instagram orang!!! It´s really annoying and our community is starting to get really bored by these “low-cost marketing strategies” and behaviors.
#onedaywithoutspam

Kebengangan Awal jelas terserlah apabila turut mempersoalkan tahap kepandaian salah seorang pengomen di Instagramnya.
awal ashaari

Selepas luahan hati ini dimuatnaik, dilihat banyak juga pengikut Awal Ashaari bertelagah sesama sendiri. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang kecewa dengan kata-kata yang diluahkan Awal. Apa pun, selaku insan yang dihujani ratusan komen ‘spam’ di Instagramnya, Awal Ashaari memang ada hak untuk rasa marah. Semoga selepas ini komen-komen berunsur pengiklanan akan berkurangan. Apa pendapat anda? Sumber RotiKaya.

P.S: Spefikasi nombor pendaftaran kenderaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...