“Awak Tu Ustaz, Cakap Berterus-Terang. Kahwin Lain Pun Tak Minta Izin” – Suami Dakwa Tak ‘Dilayan’, Farisha Irwayu Bersuara

Hiburan

“Awak Tu Ustaz, Cakap Berterus-Terang. Kahwin Lain Pun Tak Minta Izin” – Suami Dakwa Tak ‘Dilayan’, Farisha Irwayu Bersuara

Melalui laporan Harian Metro, pelakon 90-an iaitu Farisha Irwayu tampil bersuara selepas didakwa tidak melayan serta memaksa bekas suami tidur di ruang tamu.

Kahwin wanita lain di Thailand tak minta izin

Menurut Farisha, perkara tersebut berlaku selepas dia mengetahui bekas suaminya, Tuan Asmawi sudah mengahwini wanita lain di Thailand tahun lalu tanpa pengetahuannya.

Advertisement

Kawan-kawan beritahu, suami saya dah kahwin lain dan tanya saya tahukah? Saya jawab tak tahu pun. Patutlah tak balik rumah, sebulan balik, sekejap balik, sekejap tak balik.

Dalam pada itu, selebriti terbabit turut menyatakan mereka juga sudah lama tidak berkomunikasi atau berbincang mengenai rumah tangga.

Kahwin, tapi masing-masing macam buat hal sendiri. Dia kahwin lain pun tak minta izin dengan saya. Tak ada minta izin nak berpoligami.

Tidak paksa bercerai, berbincang elok-elok

Tambahannya lagi, dia memujuk bekas suami serta bercakap secara elok bagi menyelesaikan perkara ini dengan melepaskannya dan ketika perbincangan, bekas suami terima keputusan tersebut serta tiada isu paksa cerai seperti didakwa oleh penceramah motivasi tersebut.

Janganlah menipu. Awak itu ustaz kan. Kena cakap berterus-terang. Saya cakap dia bincang dengan dia elok saja. Tak pernah nak cakap kasar, nak paksa-paksa. Tak ada

Soal perjanjian tidak mahu mengeluarkan kenyataan selepas bercerai, Farisha menegaskan dia sama sekali tidak berjanji dan hanya meminta agar urusan di mahkamah tidak dihebohkan pada mana-mana media sahaja.

Tapi bila saya dah bercerai, kita ini ‘public figure’. Jadi, kita kena beritahu umum takut nanti pada masa depan kalau saya keluar dengan sesiapa, pergi mesyuarat, baik dengan lelaki atau perempuan, takutnya jatuh fitnah. Isu-isu macam itu kan selalu berlaku.

farisha irwayu cerai
3 weeks ago

"Saya Ni Ustaz, Takkan Senang-Senang Nak Ceraikan" - Bekas Suami Dakwa Tak Dilayan, Farisha Irwayu Enggan Tidur Sekali Sebab Geli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...