“Awak Tu Orang Islam, Takkan Tak Tahu” – Hiasan Rumah Syamimia Jadi Tumpuan, Diminta Buang Patung ‘Dewa David’

Hiburan

“Awak Tu Orang Islam, Takkan Tak Tahu” – Hiasan Rumah Syamimia Jadi Tumpuan, Diminta Buang Patung ‘Dewa David’

Masih lagi menjadi tumpuan, pempengaruh media sosial Syamimia dikecam lagi gara-gara patung hiasan dewa Roman di rumahnya.

Menerusi satu video ini di TikTok, seorang individu berkongsi beberapa keping foto memaparkan patung dewa David yang terlihat ada di ruang tamu dan bilik tidur Syamimia.

Advertisement

@oichen110

ermmm.. xtau nak kata apa.. xkan ar dia xtau tu patung apa weeii.. bukankah itu patung davidd.. kita Islam mana boleh.. x pernah follow & now aku block.. #patungdavid #terpalingneutral

? Palestine Will Be Free – Vocals Only Version – Maher Zain

Tak tahu nak kata apa. Takkanlah dia tidak tahu itu patung apa? kita Islam, mana boleh.

Namun setelah diselidiki, patung tersebut adalah patung Dewa Yunani iaitu Apollo yang sinonim dengan perhiasan rumah.

Meskipun begitu, orang Islam dilarang untuk menjadikan patung berkenaan sebagai bahan dekorasi dia kediaman milik mereka.

patung dewa yunani syamimia smegSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pempengaruh itu untuk membuang patung-patung dewa berkenaan.

Terdahulu, Syamimia yang sebelum ini terkenal dengan kandungan memasak dan mengemas rumah PPR itu dikecam hebat gara-gara tampil memberikan alasan mengapa dia tidak ‘bersolidariti’ dalam konflik peperangan Palestin dan rejim Zionis.

Dia kemudian tampil memohon maaf meskipun pengikut media sosialnya turut sama menjunam secara mendadak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 months ago

"'Print' Sendiri ke Stiker Tu" - Muat Naik Video Le Creuset Tak Estetik, Syamimia Kembali Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...