Pasangan yang romantik dan baik sememangnya ciri-ciri pasangan yang diidamkan oleh semua orang. Dan biasanya pasangan begini hanya wujud di dalam filem atau drama sahaja. Tetapi lain pula yang berlaku pada wanita ini kerana menurutnya suaminya itu terlalu baik pada nya dan dia nekad ingin menuntut cerai.
“Saya rasa rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh.”
Wanita dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini memaklumkan sepanjang perkahwinan mereka tidak pernah bergaduh malah suaminya tidak pernah meninggikan suara padanya.
Ketika wanita itu merungut mengenai berat badannya yang dah naik dan sebagai tanda sokongan suaminya turut sama berdiet dan bersenam sehinggakan kakinya patah. Ini semua hanya semata-mata untuk menyokong isterinya.
“Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari.”
Menurutnya, dia mahukan perkahwinan yang ada perbincangan dalam rumahtangga biarpun terpaksa bergaduh sekalipun kerana dia tidak mahukan sebuah perkahwinan yang mudah.
Setelah memfailkan penceraian itu, suaminya memohon mahkamah membatalkan permohonan tersebut kerana baginya tidak adil menilai perkahwinan hanya dari tempoh setahun perkahwinan itu.
Tak sangka macam ni pun boleh jadi masalah. Kalau baik sangat pun tak kena, kalau jahat lagi lah tak kena. Bersyukur je lah dapat pasangan macam ni.
Sumber: Astro Awani