“Awak Tengok Kemalangan Dan Hanya Pandu Pergi?” – Komen Dr Imelda Berkenaan Nahas Bas UPSI Jadi Tumpuan Netizen

Kehidupan

“Awak Tengok Kemalangan Dan Hanya Pandu Pergi?” – Komen Dr Imelda Berkenaan Nahas Bas UPSI Jadi Tumpuan Netizen

Satu perkongsian daripada Dr Imelda Balchin yang sememangnya terkenal dengan nasihat mengenai kehamilan dan sakit puan menjadi tumpuan ramai pada hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Dr Imelda tampil mempersoalkan sikap pemandu yang melihat nahas kemalangan bas membabitkan pelajar UPSI hanya berlalu pergi dan tidak menolong mangsa-mangsa terlibat.

Advertisement

imelda balchin

Saya tengok rakaman ‘dashcam’. Orang ramai memberi komen bas itu bergerak laju sebelum nahas.

Tetapi saya kecewa dengan sikap orang ramai yang melihat kemalangan itu dan tidak berhenti. Awak melihat perkara itu berlaku dan hanya memandu pergi? Macam mana awak tidur pada malam hari?

Perkongsian tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kritikan pakar sakit puan itu.

Kata netizen, mungkin Dr Imelda tidak pernah melalui jalan tersebut yang sempit dan gelap, menjadi keterbatasan untuk orang ramai berhenti dan menolong kerana boleh mengakibatkan kesesakan dan kemalangan baru.

Nampak status update daripada Dr. Imelda. Maaf kali ini saya tak bersetuju. Lebih baik doktor update berkaitan gynae je la. Tetiba nampak tak cerdik.

Kongsi netizen, tidak boleh menilai hanya berdasarkan satu rakaman ‘dashcam’ sehingga boleh menulis status seperti itu.

imelda balchin

Ada juga yang meminta pakar perubatan itu untuk memohon maaf kepada pemilik dashcam berkenaan atas dakwaan yang dianggap berlebihan dan tidak adil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff syukri matang buat content
2 hours ago

Dah Tak Terkinja-Kinja, Netizen Puji Aliff Syukri Lebih Matang Dalam Buat Konten - "Papa Nak Jadi Lebih Baik.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...