Seorang peguam yang dahulunya mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun dalam kes penderaan seorang kanak-kanak OKU, Nurul Hafidzah Hassan sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila dia ada memuat naik foto memaparkan dia menghadiri Gala Movie Premiere filem Eva di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam hantaran foto itu, Hafidzah menggayakan dres putih rekaan Jimmy Couture dan terlihat cantik dan kurus seperti model.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Nurul Hafidzah yang cantik namun ada juga yang menyifatkan pakaian tersebut tidak sesuai dipakai wanita muslimah yang bertudung.
Kata netizen, baju tersebut tidak patuh syariah dan menampakkan segala ‘bentuk’ tubuh badan.
Cantik tapi tak sesuai imej bertudung. Segala bentuk nampak.
Nama Nurul Hafidzah mula diperkatakan warga maya setelah dia dan beberapa peguam yang lain menjadi peguambela kepada Siti Bainun atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak istimewa bernama Bella.