Pelakon dan model Sophia Albarakbah meluahkan rasa kecewa apabila isu lama yang mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz kembali dibuka semula oleh netizen.
Melalui ruangan komen di Instagram, Sophia atau nama sebenar Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, menyatakan bahawa insiden tersebut sudah berlaku bertahun-tahun lalu dan tidak sepatutnya terus-diungkit.
Sedangkan Allah pun boleh ampunkan Hamba‑Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat.
Sophia turut menegaskan bahawa isu tersebut tidak memberi kesan kepada kehidupannya masa kini, malah beliau memilih untuk terus bersabar dan mempercayai bahawa kebenaran akan terserlah pada waktunya.
Isu ini menjadi lebih hangat selepas insiden di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), di mana Bella Astillah dilihat menggigil ketika menyampaikan anugerah kepada Sophia, mencetuskan spekulasi bahawa hubungan antara mereka mungkin tegang.
Pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq, kemudian tampil memberi penjelasan bahawa tindakannya itu berpunca daripada trauma emosinya sendiri bukan drama pentas yang hanya diketahui oleh rakan terdekat. Sebaliknya, netizen diperingatkan agar tidak terus mengaitkan sikap dingin Bella kepada pelakon lain.
Netizen pula terus berhujah, mempertikai adakah ia strategi publisiti atau sekadar perasaan seseorang yang masih belum sembuh. Namun bagi Sophia, mesej yang disampaikan adalah jelas jangan angkuh menegakkan kisah lama ketika Allah sudah pun memberi kesempatan untuk kita berubah dan dimaafkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.