“Awak Sangat Biadap, Tak Perlu Pedajal Orang..”- Diana Danielle Kesal Pembeli Tidak Muncul Ketika Hantar Barang Jualan

Hiburan

“Awak Sangat Biadap, Tak Perlu Pedajal Orang..”- Diana Danielle Kesal Pembeli Tidak Muncul Ketika Hantar Barang Jualan

Pelakon Diana Dianelle meluahkan rasa berang dan kesal terhadap sikap individu tidak bertanggungjawab yang bertindak menghilangkan diri selepas bersetuju untuk membeli barangan terpakai yang diiklannya di media sosial.

Diana DanielleSumber : Instagram Diana Danielle  

Menurut Diana, individu tersebut tidak muncul ketika penghantaran dilakukan menerusi khidmat penghantar (runner). Tambahnya lagi, ini membuatkan pihak penghantar terpaksa menunggu lama dan mencari kedudukan individu terbabit.’

Advertisement

Isteri kepada pelakon Farid Kamil itu berkata bahawa dia tidak kisah jika individu tersebut bertukar fikiran untuk tidak membeli kerana penjualan barang-barang terpakai miliknya itu bukanlah punca utama pendapatan dirinya.

Diana DanielleSumber : Instagram Diana Danielle  

Namun dia hanya kesal kerana penghantar barang tersebut terpaksa menghabiskan minyak kenderaan untuk menuju ke lokasi yang dijanjikan namun hilang begitu saja.

“Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okey sahaja. Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang! Sedangkan ramai lagi yang nak beli, saya utamakan awak sebab first come first serve.”

Diana DanielleSumber : Instagram Diana Danielle  

Difahamkan, individu tersebut  secara tiba-tiba membatalkan hasrat untuk membeli kerusi kenderaan untuk kanak-kanak selepas runner membuat penghantaran dari Damansara ke Kajang, Selangor.

“Awak sangat biadap.. awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah pedajal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.”- Diana Danielle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...