Melalui hantaran pempengaruh, Alif Teega di Instagram Story, dia memuat naik satu lagi kenyataan ditujukan untuk adik ipar, Amirul Adni Rustam yang sebelum ini mendakwanya memukul isteri, Aisyah Hijanah.
Dalam kenyataan yang ditulis, Alif berkata dirinya sudah beritahu abang-abang Aisyah untuk menegur Amirul Adni berhenti daripada mengeruhkan keadaan dengan sebar fitnah.
Kata Alif lagi, tindakan adik Aisyah menyebarkan segala fitnah di media sosial seolah-olah mahu melihat pasangan itu bercerai.
Awak nak tengok apa? Cerai? Itu yang awak nak? Sejak dulu awak burukkan saya.
Dalam pada masa yang sama, Alif memberitahu Amirul tidak pernah bertanya secara empat mata mengenai isu rumah tanggannya tapi sekarang ini ‘berlagak’ tahu semua perkara.
Difahamkan, perkongsiaan itu telah pun dipadam oleh Alif beberapa minit selepas memuat naiknya di Instagram Story.
BACA: “Saya Tak Boleh Menafikan Mahupun..” – Aisyah Hijanah Buka Mulut, ‘Update’ Keadaan Dengan Suami