Hubungan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Syed Saddiq meskipun masih ‘misteri’ namun kedua-duanya tetap menjadi tumpuan gara-gara sering lihat bersama- sama seperti pasangan kekasih.
Malah, kedua-duanya kelihatan selesa dan juga dilaporkan mengenali hati budi keluarga masing-masing sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Bella dan Syed Saddiq juga dilihat kerap bertukar-tukar ‘pickup line’ seperti video -video mereka yang tular di media sosial, terutamanya TikTok.
Terbaru, satu lagi ‘pickup line’ pasangan ini menjadi tumpuan dan membuatkan netizen di luar sana seperti ingin ‘melipat bumi’.
@bellaastillah_94 pickup line ke 638 special untuk YB SS ? @Kitsui Malaysia #kitsui #kitsuimalaysia #WhitieSnow #BASS #BellaAstillah #SyedSaddiq
Apa-apapun, netizen tetap mendoakan hubungan baik antara kedua-duanya dan mengharapkan Bella dan Syed Saddiq bertemu jodoh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.