“Awak Maafkan Mereka Dulu..” – Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi, Tak Tahan Sebak Apabila Diminta Memaafkan

Hiburan

“Awak Maafkan Mereka Dulu..” – Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi, Tak Tahan Sebak Apabila Diminta Memaafkan

Terkini pelakon jelita Puteri Sarah Liyana telah viral di TikTok apabila rakaman siaran langsungnya bersama pelakon berasal Indonesia Andi Arsyil Rahman tular di media sosial dan meraih perhatian netizen.

Dalam video berkenaan, Andi Arsyil meminta Puteri Sarah untuk memaafkan individu yang telah menghina dirinya melalui komen-komen yang ditinggalkan semasa siaran langsung. Namun, terkejutnya aktres ini terus merasa sebak dan menangis di bahu Andi.

Advertisement

Awak maafkan mereka dulu, maafkan semua orang yang menghina awak, ya maafkan mereka.

“Saya maafkan kalian.” Macam tu saja tak apa. Itu jadi pahala buat awak.

@hannankhaira_ #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #🤍🌷_story🤍 #andiarsyil #puterisarahliyana #2024 #fyppppppppppppppppppppppp #lover #🤍🌷_story🤍 ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Setelah rakannya itu mengucapkan kata-kata tersebut, air mata pelakon ini terus tidak tertahan dan terlerai kerana sedih apabila menerima komen-komen negatif yang bertubi-tubi dari penonton.

Sebelum ini, dalam siaran lagsung yang lain, Puteri Sarah juga kelihatan tidak selesa dan agak marah apabila ada yang masih bertanyakan tentang bekas suaminya Syamsul Yusof ketika dirinya sedang cuba untuk berniaga.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah sah bercerai pada 14 Jun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

puteri sarah datin patimah
11 months ago

"My Heart, Ibu Yang Bertanggungjawab" - Sering Luah Rasa Sayang, Datin Patimah Buat Video Penghargaan Untuk Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...