Pelakon Azlan Komeng memaklumkan bakal mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan tangkap layar perbualan dan video berunsur lucah mengaitkan dirinya.
Menurut aktor berusia 49 tahun itu, dia tahu dan kenal individu yang menyebarkan perbualan tersebut yang kini tular dan berkata ini bukanlah kali pertama namanya diburukkan.
Malah, Azlan mengakui ada menghantar mesej tersebut namun hal itu berlaku lima tahun yang lepas dan yakin bahawa tujuan individu berkenaan menyebarkannya adalah untuk memalukan dan memusnahkan rumah tangganya bersama isteri, Nilam Ortiz.
Orang yang buat perkara ini ada unsur dendam dan tidak puas hati kepada saya, tak faham juga kenapa masih tak puas hati dekat saya sebab sebelum ini sudah berbincang.
Tambah Azlan, dia sudah pun mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan memberi amaran kepada individu terbabit untuk tunggu tindakan seterusnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.