“Awak Keluar Dulu” – Isteri Sempat Minta Suami Selamatkan Diri Sebelum Rentung

Kehidupan

“Awak Keluar Dulu” – Isteri Sempat Minta Suami Selamatkan Diri Sebelum Rentung

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran video memaparkan nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sedenak, Johor.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar dimamah api marak.

Advertisement

Terkini, suami kepada mangsa, Redzuan Jamil memaklumkan dia cuba untuk menyelamatkan isterinya ketika api marak namun ditarik oleh orang awam.

Malah, lebih menyayat hati apabila mangsa, Allahyarham Nurul Nazihah sempat meminta suaminya untuk menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Awak keluar dahulu.

Menurut Redzuan, dia hanya menyedari terdapat impak dari belakang dan mendapati sebuah lori telah melanggar tiga buah kereta termasuk kenderaan miliknya.

Isteri minta saya keluar dari kereta memang ada satu jalan dari cermin atas kepala jadi dia kata awak keluar dahulu.

Tambahnya lagi, sejurus keluar dari kenderaan, dia cuba untuk menyelamatkan isterinya dengan memecahkan cermin hadapan dan menariknya dari bahagian hadapan namun tidak berjaya.

Saya cuba kopak pintu penumpang pula tapi dia tak boleh keluar sebab kaki tersepit di dashboard. Masa tu kereta saya pula meletup kemudian api mula marak.

@kosmoonline

“Awak keluar dahulu,” antara kata-kata terakhir Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 kepada suaminya Redzuan Jamil, 28 yang terselamat dalam kemalangan maut di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.

? original sound – Kosmo! – Kosmo!

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video temu bual itu menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji ketabahan yang dimiliki oleh Redzuan kerana dilihat tenang menjawab soalan daripada wartawan.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap wartawan kerana menganggap ini bukan masa yang sesuai untuk menemu bual ahli keluarga mangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Sumpah Saya Tak Tinggal Awak" - Hanya Mampu Meraung, Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...