“Awak Dah Taubat Ke?” – Idzham Ismail Sangkal Dakwaan Netizen, Dituduh Cari Isteri Baru Untuk Dijadikan Pengasuh Anak-Anak

Hiburan

“Awak Dah Taubat Ke?” – Idzham Ismail Sangkal Dakwaan Netizen, Dituduh Cari Isteri Baru Untuk Dijadikan Pengasuh Anak-Anak

Gara-gara gurauannya ingin mencari isteri baru disalah erti, pelakon Idzham Ismail tampil menangkis tuduhan tidak berasas segelintir netizen yang menuduhnya berniat mencari pengasuh untuk anak-anaknya.

Idzham dengan tegas berkata tugas menjaga anak-anaknya yang masih kecil adalah di bawah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan bukannya orang lain.

Advertisement

Idzham ismail

Anak saya tanggungjawab saya. Alhamdulillah, Allah jemput saya ke Tanah Suci walaupun saya tak elok.

Allah buka pintu hati saya ke arah lebih dalam tentang agama. Awak dah taubat ke?

Aktor itu yang menggalas tanggungjawab sebagai bapa tunggal sejak akhir tahun lalu turut memuat naik foto anak-anaknya ketika menyambut 1 Ramadan yang lalu.

Sebelum ini, dia ada berseloroh ingin mecari isteri baharu kerana bakal menyambut aidilfitri bersama anak-anak.

Tahun ini kita puasa dan raya bertiga ya. Mama baru bukan senang nak cari, kena pilih betul-betul untuk kalian juga nanti.

Namun gurauan itu disalah erti malah dianggap tidak pandai mengukur baju di badan sendiri setelah bercerai.

Eh suka je nak cari bini untuk suruh jaga anak dia. Seronok hidup kau. Kalau nak cari yang elok, diri sendiri cukup elok tak? Kena tengok diri juga,” tulis komen tersebut.

Terdahulu, Idzham telah bercerai dengan isterinya, Nur Abilah pada November tahun lalu kerana tiada persefahaman.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

era fm mohon maaf
38 mins ago

Buat Tarian Persenda Agama, Era FM Buat Permohonan Maaf Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...