“Awak Cakap Dewi Tak Jaga Hati Awak..” – Jofliam ‘Sound’ Cik Epal, Suruh Jaga Maruah Dan Taat Dalam Tempoh Iddah

Kehidupan

“Awak Cakap Dewi Tak Jaga Hati Awak..” – Jofliam ‘Sound’ Cik Epal, Suruh Jaga Maruah Dan Taat Dalam Tempoh Iddah

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Jofliam tampil memberi nasihat buat bekas isterinya, Cik Epal untuk menjaga maruah diri ketika masih berada dalam tempoh iddah.

Jofliam dilihat berbuat demikian menerusi beberapa hantaran di Instagram dan meminta agar Cik Epal bermuhasabah diri dan usah berpura-pura merindukan anak jika realitinya tidak mengambil tahu langsung sejak bercerai.

Advertisement

Wahh mak dia pun sama naik. Patut telefon Han bertubi-tubi. Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah, awak kena patuh kepada suami awak. Awak keluar tak bagitahu pergi mana.

Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain.

Jofliam juga turut mengingatkan agar Cik Epal sedar bahawa lelaki yang ‘dikenenkan’ itu mempunyai bekas isteri dalam tempoh iddah sama sepertinya.

Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia. Sekarang ni apa beza awak dengan kes viral sebelum ini. Awak cakap Dewi tak jaga hati awak dalam tempoh iddah.

Dia juga menafikan dirinya cemburu atas situasi yang menimpa mereka pada ketika ini.

Saya tak rasa cemburu cuma rasa malu. Sebagai bekas suami, saya ada bekas isteri yang beriya-iya nak bekas suami orang yang isterinya masih dalam keadaan iddah juga. Saya malu. Dengan bangga update dekat posting.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah Amin live isteri orang sama gedik
56 mins ago

"Isteri Orang Pun Sama Menggedik" - Pertama Kali Live TikTok, Ragam Peminat Fattah Amin Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...