Baru-baru ini, seorang wanita telah mengimbas kembali momen semasa pelakon terkenal iaitu Kamal Adli membantunya ketika dia mengalami kesukaran untuk memandu keluar keretanya.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan memberitahu dia mengalami kesukaran untuk memandu keluar keretanya dari kawasan parkir ketika dia menghadiri sebuah acara media.
Saya pernah minta tolong Kamal Adli reverse kereta sebab masa tu dekat parking ada program media, memang sesak.
Kata wanita itu, dia meminta bantuan Kamal yang kebetulan berada di situ.
Kamal tak habis-habis sebut ‘awak boleh buat, saya percaya awak boleh’ sambil guide saya.
Saya masa tu dah serabut, last-last saya cakap ‘awak masuklah, tolong reversekan’.
Katanya lagi, kejadian itu berlaku ketika pelakon itu masih lagi memegang status bujang.
Kejadian tu dah lama, Kamal masa tu pun single lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Kamal yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati.
Malah, ada juga yang memberitahu bahawa pelakon itu sememangnya seorang yang peramah.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.