Apa sahaja dikongsikannya di media sosial pasti mencuri perhatian dan terbaru, hantaran Marissa Dania di platform TikTok telah mencetus pelbagai respon netizen.
Menerusi TikTok, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu telah menulis caption ringkas tentang netizen yang berasa kurang senang dengan dirinya.
Bayangkan..awak lemparkan kebencian kepada saya, sedangkan saya langsung tak tahu kewujudan awak.
@marissadaniahakim_♬ sonido original – 🔥
Menerusi ruangan komen, nampaknya ramai juga netizen menyokong kenyataan isteri kepada Aslam ini dan tak kurang juga yang menasihati Marissa untuk tidak menghiraukan komen-komen negatif.
Sebiji dia bagi, pedulikan mereka Marissa. Awak pun berhak bahagia.
Meskipun begitu, masih ada juga yang meninggalkan komen kurang enak terhadap Marissa kerana masih terkesan dan tetap tidak bersetuju dengan tindakannya sebelum ini, mengganggu rumah tangga orang lain.
Sorry, tak support penyondol.