Kontroversi melibatkan Puteri Balqis dan Mia Sara bertambah panas apabila ibunya tampil menyelar tindakan pelakon Janna Nick yang didakwa cuba ‘masuk campur’.
Menerusi perkongsian di Instagram, ibu Puteri dengan lantang menyatakan rasa kecewanya terhadap kenyataan Janna yang dianggap tidak neutral dan bersifat ‘backhanded’ walaupun kelihatan seperti tidak memihak mana-mana pihak.
“Jangan letak hal kami dalam Threads kalau nak neutral”
Menurut ibu Puteri Balqis lagi, kenyataan Janna yang menyarankan agar ‘block je lah dia!’ sebenarnya memperlihatkan sikap berpihak kepada satu pihak je.
Beliau menyifatkan Janna tidak berlaku adil dalam isu yang melibatkan Puteri Balqis ini.

Beliau juga menegaskan bahawa selama ini keluarga mereka berdiam diri, walaupun dikecam dan diaibkan secara terbuka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
