Personaliti media sosial Nur Sajat memaklumkan dia disatukan semula dengan dua anak angkatnya setelah hampir empat tahun terpisah.
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,39, dilihat berkongsi dua keping foto memaparkan dia bersama kedua-dua anak angkatnya itu di media sosial.
Finally, we be together again. #almost4years.
Menjengah ke ruangan komen, ramai turut meluahkan rasa gembira melihatkan anak beranak itu kembali bersatu.
Ada juga yang meninggalkan komen pujian buat Sajat dan menganggap dia sebagai bapa yang hebat.
Jat, awak memang ayah yang hebat. Kalau kami tak sanggup berjauhan dengan anak-anak.
Alhamdulillah, anak-anak dah sampai kepada penjaganya. Semoga mereka bahagia.
Terdahulu, Sajat yang diburu pihak berkuasa syariah atas beberapa kesalahan telah menetap di Australia sejak beberapa tahun yang lalu.
Dia sering memuat naik video dan hantaran media sosial berbaur kerinduan terhadap keluarganya di Instagram gara-gara terpaksa berpisah buat sementara. kerana kes undang-undang melibatkan dirinya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.