A&W Bakal Luaskan Angka Cawangannya Hingga 100 Menjelang 2021

Trending

A&W Bakal Luaskan Angka Cawangannya Hingga 100 Menjelang 2021

Sempena fasa permulaan A&W Malaysia dikatakan bakal menambahkan lebih banyak cawangan dan tambahan menu dengan harga serendah RM 8.70 dan RM 9.90 menjelang bulan Mei ini.

Penawaran harga rendah ini dijangka bakal meningkatkan jumlah pelanggan berbanding pada harga RM 14 hingga RM 15 satu set.

Advertisement

Hal ini juga berkaitan dengan pengambilan A&W Malaysia daripada KUB Malaysia Bhd dengan nilai RM 34 juta, Inter Mark Resouces Sdn Bhd (IMRSB) nampaknya mempunyai pelan baharu untuk kembalikan zaman kegemilangan A&W Malaysia seperti tahun 90 an dahulu.

Selain itu, bersesuaian dengan siri insiatif peningkatan nilai dan perhidmatan telah dilaksankan sejak pengambilalihan itu membuka jalan bagi mencapai RM 100 juta yang disasarkan untuk tahun 2019 ini meningkat daripada RM 70 juta pada tahun lepas.

Dengan itu, sebanyak 15 hingga 16 cawangan baru A&W Malaysia bakal dibuka sekitar Malaysia pada tahun ini. Jalinan bersama GrabFood secara tidak langsung bakal meningkatkan penjualan rangkaian restoran ini.

Mengulas lanjut tentang pelan masa hadapan, syarikat ini sangat berdedikasi untuk menawarkan sebanyak 100 cawangan secara berperingkat menjelang tahun 2021. Ianya sebuah pelan yang tersusun dalam mengembalikan rangkaian restoran makanan segera ikonik ini.

George Ang yang merupakan tulang belakang dalam industri pemakanan dibawah kendalian Inter Mark Resources Sdn Bhd, juga pengasas kepada Manhattan Fish Market serta direktor kepada Revenue Valley Sdn Bhd yang mengendalikan MFM, Tony Roma’s dan NY Steak Shack Malaysia, Singapura dan Thailand.

 

Sumber: freemalaysiatoday

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...