Avengers: Endgame Pecah Rekod Panggung, Kutip RM 4.9 Billion

Trending

Avengers: Endgame Pecah Rekod Panggung, Kutip RM 4.9 Billion

Penangan filem Avengers: Endgame nampaknya sangat luar biasa sekali dan tidak mustahil bakal menjadi antara karya epik dalam industri perfileman Hollywood.

Bayangkan, baru sahaja tayangan awal hujung minggu pertama, fiilem ini sudah berjaya memecahkan rekod pecah panggung dengan meraih kutipan sebanyak USD 1.2 Billion (RM 4.9 Billion).

Advertisement

Jumlah itu mengatasi rekod terdahulu sebanyak USD 257.7 juta (RM1.06 bilion) yang dicatatkan setahun lalu oleh menerusi filem Avengers: Infinity War.

Pihak Disney berkata, filem ini turut mencatatkan rekod hujung minggu di China, Brazil, Perancis dan puluhan pasaran lain.

Memang hebat betul fenomena Avengers: Endgame, ada yang sanggup ambil cuti untuk menontonnya pada hari pertama tayangan walaupun ditayangkan pada awal pagi. Nampaknya, filem ini benar-benar menguntungkan pihak Disney dan Marvel Studios. Tidak mustahil boleh menjadi filem Hollywood dengan kutipan tertinggi.

Sumber Berita : Box Office Mojo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...