Avengers: Endgame Dengan ‘End Credit’ Akan Ditayangkan?

Trending

Avengers: Endgame Dengan ‘End Credit’ Akan Ditayangkan?

Para peminat Avengers: Endgame sanggupkah anda menonton semula filem ini di pawagam  yang berdekatan dengan rumah anda kerana terdapat satu kejutan lagi untuk semua peminat.

Buat semua para peminat, filem ini akan kembali ke pawagam di Amerika Syarikat dengan versi terbaru. Iaitu Endgame akan mempunyai ‘End Credit’.

Advertisement

Ini telah dilaporkan oleh laman Screen Rant dan disahkan sendiri oleh Kevin Feige dan ianya mungkin salah satu strategi Marvel untuk menambah kutipan tayangan Endgame bagi mengatasi filem Avatar.

Sehingga kini filem Avengers: Endgame masih tidak dapat menyaingi kutipan filem Avatar.

Kevin Feige berkata versi ‘terbaru’ Endgame bakal berada di pawagam pada 28 Jun ini. Tetapi tidak dipastikan sama ada ianya akan ditayangkan di seluruh dunia atau hanya di Amerika Syarikat.

Tetapi perkongsian daripada TGV Cinemas ini sedikit memberi gambaran kemungkinan Endgame versi terbaru ini turut akan ditayangkan oleh pawagam di Malaysia.

Sanggupkah anda semua menonton filem ini lagi selama 3 jam untuk menonton end credit ini?

 

Sumber: THE VERGE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...