Avengers : Endgame 2.0 Akan Ditayangkan Di Malaysia 29 Jun Ini

Trending

Avengers : Endgame 2.0 Akan Ditayangkan Di Malaysia 29 Jun Ini

Filem Avengers: Endgame yang penuh dengan babak mendebarkan, sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia dengan kutipan ‘box office’ USD 2.75 billion.

Penangan filem ini mencetuskan fenomena, sehinggakan pihak Marvel Studios melancarkan versi terbaharu filem Avengers: Endgame.

Advertisement

Menariknya, versi ini dikatakan akan hadir dengan beberapa babak baharu yang tidak ada dalam versi yang pertama. Malah, ‘post credits’ juga akan dipertontonkan dengan beberapa babak penuh elemen kejutan.

Berita baik untuk peminat Marvel di Malaysia,  Avengers: Endgame terbaharu akan ditayangkan pada 29 Jun ini.

Mereka yang membeli tiket tayangan ini akan dapat melihat video pengenalan khas daripada pengarah Anthony Russo, beberapa adegan yang sudah dipadamkan daripada filem tersebut serta adegan eksklusif ‘Spider-Man: Far From Home’.

Tentunya dengan adegan tambahan ini, ia menarik lagi minat penonton. Adakah anda akan menjadi antara yang pertama menonton versi terbaharu filem ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...