“Perghhh Kena Ikat Pulak Tu” – Ibu Hilang Sabar Anak Ketagih Ganja, Lumur Serbuk Cili Dekat Mata

Kehidupan

“Perghhh Kena Ikat Pulak Tu” – Ibu Hilang Sabar Anak Ketagih Ganja, Lumur Serbuk Cili Dekat Mata

Setiap ibu pasti ada cara penyelesaian mereka sendiri dalam hal menguruskan atau mendidik anak masing-masing.

Namun, cara seorang ibu dari India ini memang ‘rare’ dan menakutkan. Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, ibu tersebut dikatakan mengamuk dan hilang sabar dengan tingkah laku anak lelakinya.

Advertisement

Difahamkan, lelaki tersebut berusia 15 tahun dan ketagihan dadah jenis ganja. Disebabkan terlalu marah, wanita itu ‘mengajar’ anaknya dengan mengikat remaja berkenaan pada sebatang tiang.

Dia kemudian melumurkan serbuk cili ke mata anaknya itu beberapa kali sebagai tanda memberi pengajaran kepadanya.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut meminta bantuan seorang wanita untuk memegang tangan anaknya bagi memudahkan dia melumur cili tersebut.

Dia hanya berhenti selepas anaknya yang menjerit kepedihan itu berjanji tidak akan mengambil ganja lagi.

Menurut laporan Awani, kejadian itu berlaku di Kodad di daerah Suryapet Telangana di selatan India.

Selepas video itu tular di media sosial, ramai mempersoalkan jika cara wanita terbabit berkesan.

Segelintir berkata cara itu mungkin tidak lagi produktif apatah lagi masalah penagihan dadah dilaporkan semakin meningkat dalam kalangan belia di India.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 years ago

Ibu Dikecam Sediakan Makanan Dengan Tulisan 'F**k You' Untuk Anak Hanya Sebab 'Buat Perangai'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...