“Aurat Itu, Aurat Ini, You Tu Pun Lebih Kurang Je” – Diana Danielle Hairan Sikap Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang Di Media Sosial

Hiburan

“Aurat Itu, Aurat Ini, You Tu Pun Lebih Kurang Je” – Diana Danielle Hairan Sikap Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang Di Media Sosial

Aktres jelita, Diana Danielle meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah warga maya yang gemar menjadi penyibuk dan menjaga tepi kain orang terutamanya kepada golongan yang bergelar selebriti.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Diana menganggap setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk mengawal sendiri kandungan yang ditonton di media sosial.

Advertisement

Tak faham yang suka tegur-tegur orang dekat media sosial, jangan macam ini jangan macam tu. Aurat itu aurat ini. Mata pun kena jaga juga, kalau betul nak jaga, jaga diri dulu dari terjebak dengan media sosial.

Semua akaun media sosial ada, TikTok, Instagram, Facebook, X, Youtube, beritahu saja. Kalau check time spent on phone, sekurang-kurangnya berjam-jam sehari just scrolling through content yang tak berfaedah.

Tambahnya lagi, adalah lebih baik netizen di luar sana memberikan fokus dan lebih perhatian terhadap keluarga masing-masing daripada sibuk menjaga kehidupan orang lain.

DD

Kalau you kisah dengan kehidupan sendiri, you takkan ada masa nak doom scroll and drop random DMs kepada orang tak kenal. Ni sibuk betul nak jaga aurat anak orang, anak sendiri entah ke mana.

Sibuk nak tahu siapa curang siapa apa, laki bini sendiri terabai. Sibuk nak tolong siram rumput jiran sebelah, rumah sendiri bersarang. Berhenti. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain.

Tegas Diana, amalan menyibuk dan mengambil tahu kehidupan orang lain secara berlebihan seakan-akan sudah menjadi satu penyakit di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sakinah
7 months ago

"Anak Saya Sekolah Agama Tau!" - Sharifah Sakinah Beri Sokongan Anak Minat Bidang Seni, Kena Seimbang Dengan Pelajaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...