Sejak penerbit terkenal Datuk A.Aida dimasukkan ke hospital baru-baru ini, ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
A.Aida baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada 23 September lalu. Namun, ketika menjalani sesi fisioterapi pada 25 September, beliau tiba-tiba rebah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Selepas beberapa hari dirawat, A.Aida mula sedar pada Ahad lalu dan kini ditempatkan di wad biasa untuk pemantauan rapi daripada pihak doktor.
Dalam pada itu, anaknya Azeva Natassha Wan Aminuddin, 24, meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan ibu tersayang. Menerusi perkongsian di media sosial, Azeva memohon agar orang ramai memahami situasi sebenar kesihatan ibunya.
Katanya, buat masa ini A.Aida perlu banyak berehat. Kehadiran terlalu ramai pelawat menyebabkan ibunya terpaksa bercakap dan ketawa, sedangkan dada masih sakit akibat kesan CPR. Malah, dengan luka pembedahan yang masih belum pulih, risiko jangkitan juga boleh meningkat jika terlalu rapat atau disentuh.
Azeva turut menekankan soal menjaga aurat ibunya yang belum boleh mengenakan pakaian sempurna, maka lebih baik ruang rehat diberikan secukupnya agar ibunya benar-benar selesa.
Mama hanya ada seorang saja buat saya, tolonglah faham perasaan anak yang takut kehilangan ibunya lagi.
Walaupun bimbang, nada Azeva tetap positif kerana beliau sangat menghargai doa serta keprihatinan ramai terhadap kesihatan ibunya. Katanya, orang luar tidak perlu gusar kerana beliau akan berkongsi perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.