March 20th, 2018

Kontroversi rumah tangga madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh dan Ude Wahid membuka pintu rezeki yang luas buat wanita itu dan anak-anaknya sehingga dilantik sebagai duta serta model terbaru tudung keluaran jutawan terkenal Aliff Syukri.

Menurut Aliff, aura Intan memberikan impak serta sambutan luar biasa dan jualan tudungnya begitu laris.

Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus. Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik.

Tujuan beliau mengambil Intan sebagai model adalah untuk menambah pendapat Intan sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Aliff memberitahu Intan mempunyai bakat tetapi masih terlalu mentah dan naif. Beliau berharap Intan akan lebih yakin dan menyerlah selepas ini.

Sumber Berita : Astro Gempak


22 responses to “Aura Intan Liana Jadi Model, Tudung Aliff Syukri Laris”

  1. diamond says:

    betul la intan ni naif sangat or lembik sangat. c’mon girl chin up!

  2. miamore says:

    jaga jaga intan….ramai anak ikan yg skodeng tu….

  3. anak nogori says:

    lusa ni keputusan talak intan ngan ude. jgn pulak intan dah murah rezeki ni, si ude tu tarik hati niat dia tu, aritu kenkonon dah tiada hati… la ni intan dah top.. izreen makin down..

  4. melati says:

    Pasni , berhati2 Liana …takut nanti ader org gila talak…!!! sebab bekas laki ko pun tarak apa2 pun ..kiki

  5. INN says:

    semoga dimurahkan rezeki intan.. :)

    • LittleMissC*nt says:

      Turun Zouk lepas ni..happening sane! Byk model2 lepak sane.

    • Anonymous says:

      mula lah akak2 bawang mencari tudung pink sebagai tanda sokongan..

    • minah jambu say NO to drugs says:

      semoga di murah kan rezeki semua nye …lov datuk aliff..

    • Mat Ronggeng says:

      Bila Dato Alif menolong ibu yang teranaiya, di dunia lagi Allah dah balas dengan 50% jualan tudung meningkat. Itu belum lagi diakhirat nanti…
      Yang menganaiya rezeki nya lagi disempit kan… Contract product tak di sambung lagi…
      Alhamdulillah. #donedakwah.

Loading...