Usahawan dessert popular, Suka Dessert iaitu Siti Hajar atau mesra dipanggil Auntie Ja tampil menjelaskan dakwaan bahawa kedainya tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Auntie Ja akui kesilapannya kerana tidak memohon sijil halal meskipun Suka Dessert sudah beroperasi selama hampir enam tahun.
Untuk pengetahuan semua, barangan import seperti dairy product, non-dairy product dan sebagainya mempunyai sijil halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.
Tambahnya, dia khilaf kerana tidak mengutamakan permohonan sijil halal kerana terlalu fokus terhadap perkara lain dalam bisnes tersebut.
Auntie Ja akui sebelum ini dia banyak melaburkan modal syarikat untuk membeli mesin, membayar kursus pembelajaran Staf serta ubah suai kedai dan lain-lain.
Saya tidak mengutamakan permohonan sijil halal daripada JAKIM. Saya cakna dengan perkara ini dan akan segera meneliti dan mengusahakan untuk membuat permohonan halal dari JAKIM.
Auntie Ja turut menjawab berkenaan pembekal stok pastri diambilnya dan berkata telah menghentikan serta merta pengambilan demi menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.
Maafkan ketidakpekaan Auntie Ja tentang hal ini.