Audit Bebas Tunjukkan Tabung Haji Bayar Dividen Guna Wang Simpanan Pendeposit

Trending

Audit Bebas Tunjukkan Tabung Haji Bayar Dividen Guna Wang Simpanan Pendeposit

Lembaga Tabung Haji (TH) secara efektif membayar dividen (hibah) menggunakan wang yang disimpan pendeposit, menurut satu kajian semula kedudukan kewangan yang dilaksanakan oleh firma audit bebas PriceWaterhouseCoopers (PwC).

Di atas kertas, bagaimanapun, dana haji itu distrukturkan menggunakan dua perjanjian seolah-olah dividen yang diberikan adalah dari keuntungan. Kajian semula kedudukan kewangan itu dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Advertisement

Dalam perjanjian pertama, saham TH di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dijual untuk menunjukkan keuntungan sebelum ia dibeli semula dengan nilai lebih tinggi kerana termasuk harga pembrokeran saham.

Dalam perjanjian kedua, syarikat-syarikat subsidiari TH mengumumkan dividen tinggi walaupun ia sebenarnya tidak pernah dibayar.

Walaupun transaksi-transaksi di atas nampak komersial, kami faham ia berniat untuk membolehkan TH melaporkan keuntungan yang lebih tinggi untuk dibahagikan kepada pendeposit.

Ini seterusnya membawa kepada hibah yang datangnya dari tunai yang disimpan pendeposit, bukannya dari keuntungan yang diumumkan.

Dalam perjanjian dengan BIMB, TH menjual saham bernilai RM 2.551 bilion untuk menjana keuntungan sebanyak RM 553 juta.

Bagaimanapun, dalam tahun yang sama, ia membelanjakan RM2.688 bilion membeli semula saham yang ia telah jual.

Penjualan saham TH tidak memberikan pulangan tunai kepada TH, hanya menunjukkan bahawa ia mempunyai keuntungan berjumlah RM 553 juta pada tahun 2017.

PwC memberitahu ia juga telah menemuramah pedagang ekuiti TH, yang mengakui bahawa penjualan dan pembelian semula saham dalam BIMB hanya bertujuan untuk menunjukkan terdapat keuntungan yang telah dijana TH pada tempoh yang singkat, yang seterusnya menjustifikasi bayaran dividen TH.

PwC menambah yang penjualan dan pembelian semula saham BIMB tidak didedahkan dalam penyata kewangan TH, seperti dalam laporan kewangan yang standard.

Ia menambah, TH menggunakan modus operandi yang serupa pada tahun 2016 untuk menunjukkan seolah-olah ia menjana keuntungan.

Namun begitu, walaupun syarikat subsidiari mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM 510 juta, RM 222 juta tidak dibayar sehingga kini.

Kami tidak dapat memberi jaminan bahawa dividen (dari syarikat subsidiari TH) dapat diselesaikan pada 31 Disember 2018.

Tahun lepas, TH mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 4.5 peratus dan bonus 1.75 peratus.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang mengetuai Hal Ehwal Agama Islam mengesahkan TH mengalami defisit sejak 2014 tetapi terus mengeluarkan dividen, melanggar Akta Tabung Haji 2015.

Mujahid berkata kerajaan telah meluluskan pelan pengaturcaraan di mana satu pasukan khas akan mengambil alih syarikat TH yang tidak menjana keuntungan dan menghidupkannya semula.

Tambahnya, Bank Negara Malaysia kini akan mengawal selia aktiviti pengambilan deposit TH.

Bank Negara sebelum ini  telah memberi amaran kepada TH mengenai kedudukan kewangannya, namun ia diremehkan oleh kepimpinannya pada masa itu. – amazingnara.com via MalaysiaKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...