Pelakon Dian Sastrowardoyo cukup terkenal dengan lakonan beliau sebagai Cinta didalam siri filem Ada Apa Dengan Cinta, namun tiada siapa yang menyangka bahawa aktres Indonesia tersebut mempunyai suara yang cukup merdu dan mampu membaca ayat-ayat suci Al –Quran dengan begitu baik sekali.
Untuk pengetahuan anda,Dian sebenarnya terlibat didalam program Quran Indonesia Project yang merupakan inisiatif untuk anak muda menghayati nilai dan pengertian Al-Quran melalui rakaman audio berisi bacaan ayat dalam tiga iaitu bahasa Arab, Indonesia & Inggeris.
Dian sempat meyumbangkan suaranya dan  membaca surah Al – Baqarah daripada ayat 8 sehinga 20.
Bacaan Dian turut dimuat naik di akaun Soundcloud dan rata-rata mereka yang mendengar rakaman tersebut memuji bacaan Dian.
Jom sama-sama kita dengar bacaan surah Al-Baqarah oleh Dian Sastrowardoyo :
Meremang juga bulu roma kami bila dengar Dian membaca ayat suci Al-Quran, memang menusuk ke dalam hati.