Aidilfitri adalah hari yang dinantikan ramai umat Islam bukan hanya mahu meraikan sebulan berpuasa tetapi juga gembira dapat berkumpul dengan keluarga.
Tetapi tidak bagi pasangan warga emas ini yang dijumpai sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana mahu berjumpa dengan cucu mereka.
Kejadian itu berlaku di lebuh raya Cisumdawu, Jawa Barat, Indonesia dan kedua-dua mereka telah disantuni anggota polis demi keselamatan.
Selepas disoal, atuk dan nenek itu mengaku sanggup berjalan kaki ke Rancakalong dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara kerana rindu dan mahu bertemu anak serta cucu.
Lebih memilukan, mereka memilih untuk membuat keputusan yang membahayakan keselamatan kerana berjalan di lebuh raya kerana tiada wang mencukupi untuk membayar tambang.
Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan bahawa warga emas tersebut mengalami hilang ingatan kerana mereka berdua turut mengaku telah berkumpul sekeluarga.
Keluarganya juga telah menziarahi pasangan itu pada Hari Raya baru-baru ini. Namun beberapa hari kemudian mereka ambil keputusan untuk ke rumah anak di Rancakalong.”
Selepas diselamatkan, polis Sumedang meminta dua warga emas tersebut untuk berehat sebelum dibawa ke hentian pengangkutan awam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.